Dengan gabungan Kalsium, Magnesium, Boron, Zink dan Besi, produk ini membantu membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses metabolisme dan fotosintesis, menjadikan daun lebih hijau, sihat dan membantu membesar dengan lebih stabil. Apabila daun sihat dan proses fotosintesis berjalan dengan baik, pokok dapat menghasilkan dan menggunakan tenaga dengan lebih berkesan. Ini seterusnya menyokong perkembangan akar, pucuk muda, dahan dan daun, serta membantu proses pembungaan dan pembesaran buah.
Selain itu, formulasi dengan pelbagai nutrien ini turut membantu menguatkan struktur pokok, meningkatkan daya tahan dan menyokong pemulihan pokok dengan lebih baik apabila berdepan keadaan persekitaran yang mencabar.
Apabila digunakan secara konsisten, petani dapat melihat pokok lebih hijau dan sihat, kanopi tumbuh lebih sekata, akar lebih kuat, serta bunga dan buah berkembang dengan lebih baik – menjadi asas kepada pertumbuhan yang stabil dan hasil tuaian yang lebih baik.